Saturday 29 September 2012

AYAT KURSI

Ayat Kursi telah diturunkan pada satu malam selepas hijrah.

Menurut riwayat,  Ayat Kursi diturunkan sambil diiringi  beribu-ribu malaikat .. kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka..

Sebaik sahaja ayat yang agung ini diwahyukan kepada Rasulullah swt, baginda serta-merta memerintah  penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit..  menulis dan menyebarkannya.

Mengikut riwayat..Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi .. akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Terdapat 95 buah hadith nabi saw yg menjelaskan fadhilat ayat ini...saya cuma nak turunkan kisah2..

Dari kitab Khawasul-Quran imam al Ghazali

..ibn Kutaibah meriwayatkan satu peristiwa di negeri Basrah..seorang pedagang kurma bernama Kaab..mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang2 lain. .kemudian dia ternampak sebuah rumah kosong..dipenuhi sarang labah-labah.

Kaab pun menemui tuan-rumah itu dan sampaikan hajatnya untuk menyewa selama seminggu..

Tuan-rumah pun bercerita.. rumah itu sgt aneh..telah menjadi buah mulut orang .. rumah itu didiami JIN IFRIT..ramai yg menginap disitu telah binasa.

Kaab berkata..meski pun demikian, kerana tempat lain tidak ada, saya bersedia tinggal ditempat itu..sekiranya tuan izinkan.

Tuan rumah pun berkata...baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak akan pungut apa2 sewa..

Kaab pun tinggal dirumah itu tanpa berasa takut..ketika waktu tengah malam..tiba2 kaab ternampak jelmaan lembaga hitam dengan dua biji mata bernyala2 saperti api..

...( agaknya itulah jin yg aku nampak dahulu..yg aku bagi nick-name BIGFOOT......2012/06/misteri-mimpi-ku.html )

..ia mendekati Kaab..maka segera Kaab bangun dan baca ayat kursi..lembaga itu turut sama membaca ayat kursi itu..sehingga hampir akhir ayat..

Apabila Kaab membaca .. walaa ya uuduhu.. hingga akhir..suara jin itu tidak kedengaran lagi..Kaab berasa hairan..diulanginya baca..namun tidak kedengaran lagi suara jin itu.. lembaga hitam itu pun telah lenyap dari pandangan nya.. dia terhidu bau saperti ada sesuatu terbakar.. Kaab pun terus tidur tanpa ada gangguan lagi..

Di pagi hari..Kaab terlihat di satu sudut rumah itu abu dan  bekas2 sesuatu yg telah terbakar..disaat itu, Kaab terdengar satu suara..

" Hai Kaab..engkau telah membakar JIN IFRIT yg ganas."

Kaab berasa hairan lalu berkata .." dengan apa aku membakarnya? "

Jawab suara itu.." dengan firman Allah..walaa ya uuduhu hifzuhuma wa huwal aliyyul azim ."

(..story line pun sama la..so..BIGFOOT ialah JIN IFRIT....

(...sampai ayat..walaa ya'uduhu hifzuhuma..terus dilepaskanya aku serta merta..terhempas badanku..takde hati perut langsung!!..) )



Dari kitab tafsir AI-QUDSI..

..Seorang pedagang sedang melalui padang pasir menuju  sebuah negeri untuk menjual barang dagangan nya.. dia selalu diekori oleh rombongan perompak..setiap malam..ia akan membaca ayat kursi sebanyak 7 kali dengan i'tikad membuat pagar sekitar dirinya dan barang2 dagangan nya sebelum tidur...hingga lena..

..satu pagi , dia ditemui oleh beberapa orang yg tidak dikenalinya..

..mereka berkata.." wahai pedagang! pada mu ada rahsia ajaib...ketika kami, diwaktu malam hendak merompak harta benda kamu dan membunuh kamu....kami melihat pagar besi yang tidak boleh ditembusi. disekeliling  tempat tidur kamu.. berkali2 kami datang..kami tetap melihat adanya pagar tersebut..kami ingin tahu amalan mu dan kami berjanji tidak akan lakukan pekerjaan yg jahat ini lagi asalkan kamu beritahu amalan apa yg kamu kerjakan..



Kisah dizaman kita..

Kisah ini adalah kisah benar..kisah seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. ..Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.... ..dia mengambil jalan singkat untuk pulang kerana terlewat balek..Jalan yang diambil agak tersorok dan tidak ramai oryang lalu lalang pada masa itu...

Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut ..

Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding  tepi lorong itu. 
Dia mula rasa takut dan tak sedap hati...terus dia berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Ketika melepasi lelaki itu, dia sempat menoleh dan melihat muka lelaki itu.

Lelaki itu buat tidak endah dan wanita itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam... hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Wanita ini yakin lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. 

Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,
polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi wanita ini hairan kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut . 
 Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol itu sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why didn't you do anything to me that night?  You knew  I was alone !

Perogol tu menjawab...No, you were not alone. I saw two young man walking with you.

 One on your right side and the other one was by your left side. 
If you were alone of course you will be my victim !!

Wanita itu berasa amat terkejut mendengar penjelasan perogol tu.

 Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu..
.. berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

..semuga 3 kisah ini dapat dijadikan pengajaran...


No comments:

Post a Comment